Salam:)
Seorang ulama’ terkenal di Indonesia came up with a technique called *Manajemen Qolbu* ataupun lebih ringkas dengan sebutan MQ. Ulama’ ni nama dia Aa Gym.Saya rasa mengurus hati adalah perkara yang paling basic dalam kita berusaha menjadi individu muslim yang berjaya, kerana kekuatan yang sebenar datangnya daripada hati yang sejahtera.
Jadi apa sih yang bisa membuat orang mulia, inilah potensi yang ada pada diri manusia yang tidak setiap orang mengembangkannya,dialah yang dinamakan Qolbu. Qolbu inilah yang membuat otak cerdas jadi mulia, yang membuat badan kuat jadi mulia. Dengan Qolbu yang hidup inilah, orang yang lumpuh pun jadi mulia, orang yang tidak begitu cerdas pun jadi mulia. -Aa Gym
I’ll copy a few paragraphs regarding Visi MQ from his book so that all of us can benefit from his technique, the so-called Manajemen Qalbu technique.
Saudara Aa Gym ni, dia tulis dalam bahasa indonesia, so saya cuba tukar ayat dia into bahasa malaysia insyaAllah dan saya tambah-tambah jugak kat mana-mana yang saya rasa nak tambah.
Perilaku manusia bergantung pada suasana hatinya(Hati pun ada suasana ye kawan-kawan). Maka marilah kita mengurus Qalbu kita secara SISTEMATIK.
Kalau mengubah bangsa itu terasa terlalu besar dan sukar untuk dicapai, setidaknya kita harus cuba membaiki diri melalui Manajemen Qolbu.
Allah Mahatahu keadaan bangsa kita, takkan ada solusi yang paling tepat kecuali melalui aturan yang telah Allah berikan kepada kita.
MASALAHNYA, majoriti umat islam belum melihat agamanya sebagai solution. Ini banyak sebabnya. Mungkin kerana kita pernah dijajah oleh bangsa-bangsa asing, menyebabkan pemahaman terhadap islam tersangat cetek dan lemah. Mungkin juga kerana umat memerlukan lebih banyak bukti.
BUKTI bahawa islam itu megah dan hebat.
Yang bercerita tentang hebatnya islam itu banyak tetapi orang yang bisa dijadikan contoh suri teladan tidak banyak.
Orang yang dapat dijadikan contoh harus diperbanyak sehingga umat tidak hanya mendengar INDAHNYA islam tetapi dapat turut merasai dan melihat secara nyata prestasi islam
So, how do we apply this Manajemen Qalbu in Dakwah? Dalam mengindahkan islam supaya umat dapat melihat dan merasai keindahan islam? Aa Gym cakap melalui teknik mengurus hati ni, macam – macam yang boleh kita capai. Kat bawah ni saya share visi-visi yang ingin dicapai melalui manajemen qalbu.
Pertama-tamanya, dakwah MQ mestilah sesuatu yang disampaikan dalam keadaan menyejukkan hati dan pada masa yang sama menaikkan semangat dan membangkitkan sikap optimis dalam diri.
Melalui dakwah mengurus hati(MQ) ini, insyaAllah setiap orang akan dapat mengenali dan mengendalikan dirinya, tidak emosional dan tidak reaktif. Kalau seseorang mampu mengendalikan dirinya, maka dia tidak akan mudah menimbulkan masalah baru.
Kedua, dakwah mengurus hati(MQ) ini diharapkan dapat menghadirkan Islam yang rahmatanlil alamin kerana islam hadir bukan hanya untuk umat islam sahaja tapi juga sebagai rahmat kepada sekelian alam. Mudah-mudahan dengan konsep MQ ini, umat islam dapat menikmati kesatuan antara sesama umat islam. Apabila orang mampu mengurus hati, dia akan lebih mampu menerima perbezaan dan memahami bahawa perbezaan tidak harus menimbulkan perselisihan. Potensi berselisih itu memang selalu saja ada, bila-bila saja, di mana-mana saja. Kalau kita hilang kearifan dan kematangan, maka akan sentiasa saja bergaduh. Kadang-kadang tanpa masalah, juga bisa bergaduh.
Ketiga, dakwah mengurus hati(MQ) ini harus mampu membangkitkan jiwa entrepreneurship dan profesionalisme pada umat. Terdapat terlalu banyak potensi yang belum kita kelolai secara optimal. Akibatnya alam yang kaya raya ini seolah-olah tidak menghasilkan sesuatu yang bermanfaat. Jiwa entrepreneurship adalah jiwa yang mampu mencipta sesuatu manfaat. Dan Rasulullah itu sendiri sebenarnya sudah mencontohkan dirinya sebagai seorang entrepreneur dan profesional.
Ok. Semua tu adalah visi. Teknik dia pulak segala yang berkait dengan hati dan sikap, dengan fokus pada pembaikian diri. To name a few : Menjadikan Rasulullah sebagai idola, Sikap sabar itu kunci kepada kenikmatan,Menghindari kemiskinan jiwa, Menghadapi tentangan hidup, etc, etc.
Benda-benda yang selalu kita dengar dah sebenarnya, tapi perlu dibaca, dikaji dan digarap dalam diri. InsyaAllah.
Kat sini saya sertakan video MQ from Aa Gym. Dengar yeh
Wallahua’lam